Free delivery for Klang Valley with purchase of RM350 and above
Please login to your account to view B2B prices
ENG version
BM version
Ingredients
Methods
Bahan-bahan
Nasi
2 cawan Beras basmati
4 cawan Air
½ tin Susu Isian Sejat F&N
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 sudu kecil Serbuk stok ayam
2 helai Daun pandan
Rempah
2 sudu besar Mentega
1 batang Kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
3 ulas Bawang putih
1 cm Halia, dihiris
1 biji Bawang merah, dihiris
½ sudu kecil Serbuk kunyit
50 g Kismis
50 g Kacang gajus
Cara Penyediaan
- Campur semua bahan-bahan nasi ke dalam periuk dan biarkan ia masak seperti biasa.
- Dengan api sederhana, masukkan bahan-bahan A ke dalam kuali dan tumis seketika. Kemudian, masukkan bahan-bahan B dan sambung menumis rempah-ratus sehingga naik bau. Padamkan api dan ketepikan.
- Setelah nasi masak, masukkan bahan-bahan rempah yang telah ditumis dan kacau nasi sehingga sebati. Kemudian, biarkan ia masak seketika.
- Nikmati Nasi Minyak Impian dengan Kebab Koobideh.
- Untuk menyediakan Nasi Briyani, anda hanya perlu gantikan serbuk kunyit kepada 2 sudu besar serbuk rempah Briyani dan ikuti cara memasak yang sama.
1 year ago